Friday 9 January 2009

Demonstrasi Mengecam Israel

Saya selalu mengingati Gaza. Hari Jumaat semalam, sekali lagi saya mengingati Gaza. Sudah dua tiga hari saya mendapat sms yang memberitahu demonstrasi mengecam serangan ganas Israel terhadap Gaza bermula dari masjid Tabung Haji menuju ke kedutaan Amerika akan diadakan selepas solat Jumaat. Semangat saya membuak-buak. Agak lama juga tidak menyertai perhimpunan beramai-ramai seperti ini.

Belum lagi jam 12.00 tengahari saya sudah bertolak. Menaiki bas ke stesen LRT Putra. Dari situ turun di stesen Ampang Park. Terlalu ramai orang di dalam bas. Rasa macam sardin cap itik. Di dalam bas kelihatan seorang muslimat yang memakai muffler yang menjadi simbol Palestin. Saya dan seorang lagi kawan tersenyum simpul. Semangat sungguh.

Selepas solat Jumaat, imam mengarahkan supaya solat hajat untuk Gaza dan Palestin. Sejurus sahaja selesai, para jemaah berpusu-pusu keluar untuk berdemonstrasi. Selepas laungan tabir dan slogan-slogan yang lain, pengerusi memberikan ucapan dan memberi laluan kepada ucapan Doktor Hatta Ramli. Sesudah itu kami bergerak menuju ke kedutaan Amerika Syarikat. Perarakan berselang seli dengan pelbagai seruan. Takbir, doa wihdah, khaibar khaibar ya yahud jaishu Muhammad saufa yaud, hidup Islam, Palestin dan Gaza, hancur Yahudi, Amerika, laknat Israel dan lain-lain. Di depan bangunan kedutaan kami melaungkan slogan dan mendengar ucapan daripada Muhammad Sabu, Husam Musa dan beberapa yang lain. Cuaca bagi kebanyakkan orang agak panas. Cuma sesekali berubah menjadi redup. Saya berkata di dalam hati ‘untung pernah belajar di Sudan, musim panas di sana melebihi 45 darjah celcius’.

Pelbagai simbol kreatif yang ditunjukkan penunjuk perasaan. Ada yang membawa batang kayu yang digantung kasut-kasut. Ada seorang pakcik yang memakaikan anak perempuannya dengan pengikat kepala yang saya lupa apa tulisannya sambil anak itu memegang replika senapang. Macam-macam lagi yang ada. Saya sekadar melilit muffler Palestin dan mengangkat poster boikot barangan Yahudi yang diedarkan kepada orang ramai yang hadir.

Satu perkara yang tidak diduga, saya bertemu kawan sekelas yang sudah sepuluh tahun terpisah. Tidak sangka sama sekali. Kami berlaga bahu. Dia hanya di sebelah saya. Rupa-rupanya dia seorang pegawai Tabung Haji.

Apa pun perasaan saya, saya berharap ini sebagai usaha kecil yang tidak seberapa membantu saudara kita yang sedang berjuang. Saya merasa sangat kerdil apabila imam Jumaat membacakan doa dalam qunut nazilah; ‘Allahumma inna naltamisu u’zrana ilaika fihim ya rabbal a’lamin’ (Ya Allah ya tuhan kami, kami merayu keampunan atas ketidakmampuan kami terhadap mereka kepada engkau tuhan sekalian alam). Gaza, Palestin, kami masih ingat lagi!.

3 comments:

Dr Kamarul said...

Baguslah sekarang Mahasiswa dibenarkan menyertai Demo anti Israel..

Selain dedahkan isu ini, kalau ada idea boleh bincangkan cara "realistik" menyelesaikan masalah ini

Nafastari said...

Huh, saya pun teringin ikut sama. Tetapi saya jauh di sini..

Anonymous said...

kamarul:
tak terpk pon pasal auku masa nk demo tu.. tatau la.. katanya uia tak der auku.. ada undang2 sendiri.. budak2 undergrad tk terikat sgt kot..

Ahmad WM Omar:
saya tahu.. kalu ada di sini saudara mesti dtg..