Wednesday 21 January 2009

Antara Akal Dan Naluri

Ketika saya menuntut di Yaman, saya begitu meminati seorang pensyarah, Abdul Majid Sya’bi namanya (pernah disebut beberapa kali dalam posting sebelum ini). Sempat mengajar beberapa subjek. Antaranya Mustalah Hadith, Muqaranatul Adyan dan Ad Da’wah Wat Dua’t. Sebenarnya dia bukanlah seorang yang sangat a’lim atau pun ulama’ besar yang mereka ini kebiasaannya menjadi ikon kepada pelajar-pelajar agama seperti kami.

Saya sangat memberi tumpuan kerana bicaranya yang sarat bermadah. Sebahagiannya terus tersemat erat dalam sanubari saya. ‘Dalam persoalan wanita dan rumahtangga, jangan sekali-kali menggunakan naluri tetapi gunalah akal fikiran’. Dia menambah lagi; ‘Inna kaidash syaitoni kaana dhoi’fa, inna kaidakunna a’zim’. Sesungguhnya tipu daya syaitan adalah lemah, sesungguhnya tipu daya kamu (wanita) adalah sangat hebat. Dia merujuk kepada surah An Nisa’ ayat 76 dan surah Yusuf ayat 28.

Di tengah-tengah kesibukan pilihanraya baru-baru ini, tiba-tiba muncul perbincangan mengenai perkahwinan antara saya, emak dan ayah. Waktu sarapan. Berpunca dari gurauan saya dengan emak saudara yang saya akan berkahwin dengan si fulan dan si fulan. Emak bertanya sambil ketawa. Emak tidak ambil serius sebetulnya. Saya menjawab, saya hanya main-main dan bergurau. Ayah berkata sesuatu, membayangkan sudah sampai masanya saya berumahtangga (rumah zaman sekarang banyak juga yang tiada tangga. Haha). Malah sudah beberapa kali perkara ini ditimbulkan sejak saya pulang. Ayah mengingatkan perlu berbincang dalam memilih pilihan hati. ‘Jangan pula bila sudah tertutup baru berbincang’. Tegas pesan ayah dalam bersahaja. Apa yang saya faham, jangan pula dalam perbincangan nanti, saya sekadar memberitahu, memaksa pilihan saya ke atas keluarga dan keputusan saya tidak akan berubah. Panjang juga perbualan kami. Seperti biasa hadith Nabi yang sangat mayshur itu menjadi panduan. Siap saya yang menyambungnya. Selepas itu saya mencelah dengan mengekek; ‘walaupun sudah tahu, tetap mahu mencari yang cantik-cantik sahaja’.

Perbualan pagi itu sendat dengan akal fikiran. Halus sahaja yang membawa suara naluri. Saya terkenang kata-kata saya kepada Abu Bakar, seorang sahabat ketika di Yaman. Seorang yang sangat sahabat. Layak sekali dengan namanya. ‘Aku takut, nanti bila mahu kahwin, pandangan aku bertembung dengan keluarga’. Saya tidak mengharapkan perkara ini berlaku. Nau’zubillahi min zalik. Ia belum lagi berlaku dan minta-minta jangan sekali-kali berlaku.

Dalam segi logik dan mantik, saya amat bersetuju dengan petua dan nasihat orang tua. Pengalaman hidup emak yang tabah, fikrah perjuangan ayah yang kemas, membuatkan saya percaya semua itu cukup menjadi bekal. Lain pula dengan sudut rasa dan naluri saya. Kadang-kadang menyebabkan saya tidak menerima sepenuhnya pandangan ayah dan emak. ‘Kalaulah kata-kata Rabiatul Adawiyah; lelaki memiliki sembilan akal dan satu nafsu manakala perempuan sembilan nafsu dan satu akal –boleh ditafsir secara harfiah, inilah nafsu saya, nafsu mahu mengikut rasa dan naluri’. Ucap saya pada Saiful, teman yang bersama-sama saya di UIA.

Ayah, maafkan saya. Ayah kata ‘kalau ahmad mahu kahwin dengan doktor atau siapa-siapa saja, ramai anak-anak kawan emak yang ada, yang baik-baik’. Saya bukan mahu kahwin dengan doktor, lawyer atau engineer, saya mahu kahwin dengan orang yang saya jumpa dalam hidup ini.

20 comments:

Penconteng Jalanan said...

wahh..abg mat..he3..bile nk kawin???
apa2 pon,gunalah akal..tepuk dada tanya iman..insyaallah allah akan bantu..

Unknown said...

anak yang ayah?
saya quote words tu sebab saya pun tertanya2 tentang comment yg awak tulis di saifulislam.com

*mungkin ayah dan anak saja yg tahu.. :)

Anonymous said...

along:

gara2 gurau ngan umi dan miteh la ni.. pas tu umi tanya mak.. haha..

banat @ saffa @ hazwani:

yup.. luas dan dalam maknanya.. tq for ziarah.. :))

Anonymous said...

Mad

Tetap dengan pendirian...wpon guna hati tp tetap dipandu oleh akal..kalo nk buat ape pon, dok semestinya dlm soal kawen saje, mesti ttp dgn pendirian...

Nurul Zahar said...

dengar tu ustaz..mesti seimbang.. hati dan akal =)

Penconteng Jalanan said...

hehehhe..
kesian~sape suruh gurau2..he3

Anonymous said...

:):):)

ustaz dan ustazah belako cni

segan segan :)

Anonymous said...

eh.. mana de semua ustaz dan ustazah.. jgn segan.. sy tk segan pon masuk blog doktor2..(ini tk bermakna sy jenis muka tk malu)haha

Zareffue said...

amboi2 bukan main dia ye...
pandai menjiwang..
faiz kirim salam

Budak Gemok said...

Salam. Mat! Nak kawin ke? Mu rasa perlu ke kahwin sekarang? Dah mula mengerti erti sebuah kesepian? Atau terkeliru dengan tuntutan persekitaran yang semuanya sudah berteman? Kalau mu rasa ingin menyintai dan dicintai pada masa ini, elok la mencari. Tetapi, kalau mu menginginkan seorang isteri idaman yang serba mencukupi apa yang diidami, susah dan lambat la sikit nak jumpa. Perempuan ni, sehebat mana prinsip, kedudukan, ilmu dan lain-lain, mereka tetap perempuan. Gini la mat. Bila mu rasa betul-betul sepi dan sedia untuk berkomitmen, elok la mu mencari. Kalau sibuk sangat, suruh je orang tua yang cari. Kalau mu nk cari yang doktor... baik mu kursus dengan aku laa...hehhehe!!!

Anonymous said...

haha. panjang giler komen.

apa ni?. sepi, mengerti sebuah keseppian, menyintai dan dicintai, aku tak paham la. pelik ke kalu aku nak kawin?. haha.

nape aku kena kursus ngan mung kalu nak kawin ngan doktor?. haha. aku tak kata pon nak kawin ngan doktor. haha

ya, perempuan tetap perempuan. kita juga sama. lelaki tetap lelaki. erm, nampak macam aku pro perempuan ke?.

umaq_eiman said...

mad .. iskisk... mad... isk ...

cemana dah tinggal 7 bulan nih...??

hahaha setiamencabar janji anta.

Anonymous said...

rilek umar. jgn gelabah. kalu ana dpt anta nk bg apa?. laptop?.

byk masa lagi. ana mmg jenis last minute. kacang jer tu.

tp yg ana ckp ari tu, ana main2 jer. takkan la ana nk buat cam tu. tk logik langsung. blaja tinggi2 nk buat keje gitu. tk baik la. hehe (cubaan utk melarikan diri).

tp kalu ana dpt betul jgn terkejut. haha.

Budak Gemok said...

KU BILANG KALAU....Mu dah cukup haul ke nak kawin ni? Abg Mat2...Mende lagi mu nk tunggu...Aku rasa mudah memiliki ciri2 seorang lelaki idaman muslimat...berpendidikan tinggi, berketurunan mulia, beragama dan yang paling penting mu hensem macam pelakon. Mu adalah lelaki pakej...lengkap...

Penconteng Jalanan said...

hahahha...byk org kat atas bagi semangat~~..kembang la abg mat pasni..kehkehkeh..

Nurul Zahar said...

Minta laptop je ustaz? minta lah lebih sket..hahaha, kalau betul dapat, mmg salute la! but ana tetap percaya, cinta ******** x leh caya jgn mare

Anonymous said...

janganlah anda mengejar kesempurnaan dalam dunia, kerana dalam dunia kesempurnaan itu hanyalah satu perspektif yang statik, tetapi kejarlah kamu ke arah cemerlang sbb perspektif cemerlang adalah misteri...

prinsip hidup adalah akar dalam pembentukan jati diri kita..jika nak ubah sikap, perlu ada perubahan dalam prinsip diri ....huhuhu maaflah xde kaitan sbnrnye nak bg quote nnie ngn tjuk awk nie..tp sekadar renungan bersamala erk:P

Anonymous said...

erm :) awak kata tak de kaitan. kalau ada kaitan pon tak pe. dan sy rasa mcm ada. tak pon saya blh je mengada2kan. tp sy bkn mengada2. yup. sama2 kita renung. dalam2.

Anonymous said...

ermm..syukran 'ala kullihal :)

~PaMpeRed bY worDs~ said...

Sye and Ain nak pg majlis anda...
Jangan lupa jmpt VIP nie tau... ;p