Sunday 28 December 2008

Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu

Ramai orang bercakap tentang Maal Hijrah dalam entri mereka. Namun saya lebih teruja dan terapi-api menunggu pilihanraya kecil Kuala Terengganu. Bukan sebab saya orang Terengganu atau orang Kuala Terengganu. Tetapi kerana tidak pernah mengecap suasana pilihanraya sejak kenal erti politik. Saya sempat pilihanraya umum 1995. Ketika itu baru pulang dari Pakistan Disember 1994. Sebaliknya zaman itu terlalu mentah untuk memahami dan melalui peristiwa besar seperti itu. Selepas itu merantau pula dari tahun 1998 hingga 2008. Hanya pulang bercuti sebanyak tiga kali pada 2000, 2003 dan 2005. Itu pun sekadar beberapa bulan sahaja. Setiap kali pulang bukannya ada pilihanraya yang sedang bermusim.

Adik lelaki saya, pelajar matrik jurusan perubatan di UIA Petaling Jaya hadir di kempen Jomsertaipas di Shah Alam membawa balik baju kempen yang berwarna hijau muda. Menarik sekali. Katanya mahu memakai baju tersebut pada hari penamaan calon Pas di Stadium Tertutup Negeri 1 Januari ini. Cemburunya. Malam ini saya akan pergi semula ke UIA. Hari selasa esok kelas sudah bermula.

Sedikit demi sedikit saya memerhatikan bagaimana orang bekerja untuk meraih sokongan dalam pilihanraya. Dan rupa-rupanya masih banyak jalan-jalan dan lorong-lorong yang belum saya jejaki di Kuala Terengganu. Biasalah, terlalu lama berkelana (jawapan yang sering saya berikan apabila kawan-kawan keluarga dan saudara mara bertanya adakah saya mengenali mereka atau tidak).

Kuala Terengganu terus dibasahi hujan. Jarang-jarang sekali berhenti. Hujan berterusan biar pun tidak selebat pusingan pertama yang mengakibatkan sebahagian kampung saya tenggelam. Sejak saya pulang bercuti selama lima hari tidak pernah ada sehari suntuk langit cerah (chrismast, hari minggu dan Awal Muharram, terlalu banyak cuti, rungutan saya sama seperti bloggers yang lain). Saya mengambil kesempatan makan keropok lekor sepuas-puasnya. Keropok lekor di UIA mahal dan tidak sedap. Saya ulangi, sangat-sangat tidak sedap. Saya peminat setia dan mempunyai citarasa tinggi terhadap keropok lekor. Semenjak kecil. Ya, sejak kanak-kanak lagi.

Saya merancang mahu mecuri masa untuk pulang lagi bila bahang pilihanraya panas menyala. Saya mahu menjiwai, mengamati dan belajar sesuatu yang baru. Kita tunggu dan lihat. Selamat datang pilihanraraya.

6 comments:

Nafastari said...

Hey, pulanglah nanti pada hari mengundi! Aku memang sudah di sini. Hehee

Anonymous said...

ya, tentu saja saya pulang.

umaq_eiman said...

saya juga akan pulang.

Dr Kamarul said...

Sedapnya keropok pantai timur yang asli...

Baru baru nie dapat makan keropok losong.. memang beza dengan yang ada di kl nie..

Anonymous said...

Doakan supaya saya boleh pulang. Bukan pasal mengundi, tapi rindu kat bini :-P

Anonymous said...

aik.. nizam.. igtkan zaujah enta dah ke sudan.. tu la.. nasib baik ana tak kawin lagi.. hahaha