Wednesday, 11 November 2009

Tiada Tajuk Di Musim Hujan

Lama benar tidak menulis, kerana itu saya tiada tajuk, dan tiada isi yang dikongsi. Musim hujan begini mahu jadi apa?. Pastinya mahu lebih mengenal kehidupan. Jangan hidup kosong bila poket kosong. Banyak benda yang saya mahu menjadinya. Ini musim hujan kali kedua. Sejak sirih pulang ke ganggang. Tetapi kenapa mesti musim hujan?.

Menalari perjalanan terus menerus. Tentu sekali, dalam musim hujan. Ada lebat merimbun. Ada rintik menipis. Sifat hujan yang tercipta. Sesungguhnya, kehidupan tiada beza yang mendasar. Bahagia yang paling dan terlalu. Semua orang mahukannya. Saya turunkan sebuah puisi.

Tidak tahu rindu pada siapa
Simpang siur rasa bergejolak
Cinta masa dulu
Bertahun lalu
Tetap mekar dan segar
Namun
Hanya aku yang begitu
Dia
Mungkin aku sudah tiada
Dalam
Hari-hari berputar
Kita kan berubah
Dan berubah
Aku bukan begitu
Hanya dia
Saat
Aku melambung jiwa
Moga malam menolongku
Bawakan dia dalam mimpi
Mimpi kudus
Kali terakhir
Sebelum aku berdoa
Agar aku sepertimu
Tidak pernah mengenang
Kisah kita bersama
Oh Tuhan
Kau cabutlah
Kasih sayang di hatiku
Aku tidak mahu
Jatuh cinta lagi
Pada sesiapa di dunia ini

Puisi ini puisi orang yang tidak bahagia. ‘Masih ramai yang tidak bahagia’. Saya mengingkarinya. Saya hendak bahagia. Dengan orang yang saya jumpa dalam hidup ini. Dengan perjuangan yang tak pernah padam. Hidup saya mula bertajuk. Di musim hujan kali kedua. Selepas tiada di musim pertama.

6 comments:

M@r W@n said...

cantek puisi..

umaq_eiman said...

hehehe anta ngan daus satu geng la la ni... dia duk layan lagu sepi anta layan puisi sayu...

Anonymous said...

Ye..masih ada orang yang tak bahagia walaupun pada zahirnya nampak bahagia...tapi selagi boleh menyembunyikan rasa tidak bahagia itu,apa salahnya..hipokrit?kadang-kadang kita terpaksa menjadi hipokrit..

ahamd said...

M@r W@n:
puisi saja2.

umar:
firdaus yang sama ngan ana. hehe.

Anonymous:
ya, kadang2. harap2, jgn selalu.

Kamarul said...

La tahzan... inna yoey maana...

ahmad said...

kamarul:
apa ni?. tahu la klang ramai india. nak tarik undi pon agak2 la.