Friday 10 July 2009

Hidup Ini Memang Kadang-Kadang

Jam menunjukan hampir pukul 2.00 pagi. Ya, saya mahu mencoret sesuatu setelah ragu-ragu bukan sekali dua. Mengapa hanya selepas kesedihan saya mengenepikan rasa teragak-agak untuk menulis?. Jangan nafikan lagi. Saya sama seperti kebanyakkan blogger; blog sebagai medium meluah perasaan terpendam.

Hidup ini memang kadang-kadang. Kadang-kadang yang teramat kadang-kadang. Semuanya perasaan halus dan jiwa seni yang silih berganti. Datang dan pergi. Tidak pernah sekali pun saya bercakap tentang ini dalam entri-entri sebelumnya. Saya ada puisi ‘Luahan Rasa Kadang-kadang’. Diperap dari tahun 2000. Ditulis bersambung. Bahagian satu dan dua.

Hidup saya memang kadang-kadang. Semasa Nizam mengajar Rasail An Nur dalam pertengahan tahun lepas, dia menyebut doa manusia ada dua jenis. Percakapan dan tindakan. Adakah perasaan dan jangkaan saya semenjak bertahun dulu dikira sebagai doa. Akhirnya dikabulkan Tuhan?. Walhal saya selalu menyebut nauzubillahi min zalik sejurus terlintas perkara yang bukan-bukan. Atau ini ujian untuk hamba yang suka bersenang-senang?.

Saya terkedu bila emak menyatakan saya lupa hadis nabi ketika memilih seperti mana emak terkedu bila saya menyatakan emak beri penekanan sampai tertekan dan kadang-kadang saya tidak jadi diri sendiri.

Kadang-kadang benci juga kadang-kadang yang begini. Kadang-kadang manis juga. Hidup biarlah warna-warni. Hitam, putih, tiada lagi kelabu. ‘Mahu cipta sendiri kisah cinta’. ‘Hidup aku ada juzuk-juzuk. Setiap orang hanya tahu juzuk-juzuk tertentu sahaja’. Inilah kata-kata yang terpacul, Menyebabkan kawan-kawan menyampah dan meluat. ‘Poyo’ kata mereka. Biasalah, orang lelaki.

Ya Allah, kiranya belum terlambat, usah kabulkan lagi doa itu –andai itu sudah dianggap doa-. Saya mahu segalanya baik. Suka semuanya berjalan lancar. Langkah yang beribu batu boleh bermula dengan satu langkah susah. Tidur dulu kawan-kawan!. Kawan-kawan yang berdoa fi zohril ghaib.

3 comments:

umaq_eiman said...

jadi poyo kebiasaan sesetengah orang.
tetapi kadang2 menuduh poyo itu yang kebiasaan.

tetapi selalunya anta memang poyo. Jangan pening2 ambil yang berkat.

ahmad said...

ana tak pening dlm memilih berkat. cuma berkat mana yg ana nk.

ana tk poyo. ana dianiaya. org yg menganiayai ana yg poyo. dan anta salah sorg org itu.

Dr Kamarul said...

Hmm... ciannya enta mad... MP.. mad poyo hehehe...

Kengkadang perjalanan di dunia ini kita perlu tegas kepada diri sendiri.. apa yang kita kejar adakah hak kita atau menindas pihak yang lain....

Apa yang ana sedar... hidup ini perlu perancangan.. supaya kita tidak dihanyut arus... sebab majoriti masyarakat kita nie selalu berfikiran negatif.. tidak membawa kepada perubahan.. sebab itu kita perlu kuat.. dan lebih fokus...

Percayalah.. Kita perlu terus berusaha.. Allah pasti membantu kita.. bersabar.. ada hikmah yang kita mungkin tidak nampak sekarang.. dugaan mengajar kita..

Kekecewaan semalam hanyalah sementara.. lupakan dulu.. hari ini hari baru..